Jam Malaysia

Wednesday, January 25, 2012

Butragueño: Pepe pemain baik

Football News: Pepe and Lionel Messi
Pengarah hubungan antarabangsa Emilio Butragueño telah mempertahankan Pepe setelah insiden memijak tangan Messi.
Pepe telah dikritik setelah memijak tangan Messi minggu lepas dalam perlawanan pertama Copa del Rey bersama Barcelona.
Rakaman telah menunjukkan yang pemain pertahanan itu nampak tangan Messi sebelum memijaknya.
Walaubagaimanapun bekas pemain Real Butragueño telah mempertahankan Pepe.
"Pepe adalah seorang yang baik dan amat bersemangat. Dia telah dikritik kerana dia adalah atlit yang baik." Butragueño memberitahu Sport.
Butragueño enggan menyatakan jika Pepe akan menghadapi hukuman disiplin dari Madrid.
"Kami mempunyai sistem." dia menambah. "Kami telah melalui perbicaraan dan kami tidak akan menyertai perbicaraan umum. Ia adalah sesuatu yang peribadi."
Pengurus Madrid Mourinho telah menyatakan yang Pepe tidak akan dihukum kelabnya.
Butragueño kemudian memberi tumpuan kepada perlawanan kedua Copa del Rey dengan BArcelona.
Pasukan Mourinho telah kalah 2-1 kepada pasukan Pep Guardiola dan harus menang di Nou Camp dengan sekurang-kurangnya dua gol untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Perlawanan belum akhir. Kamu akan menyaksikan Real berjuang."

No comments:

Post a Comment