Jam Malaysia

Wednesday, January 25, 2012

Tiada Kelas

ZACHARIA Simukonda (kiri), Daniel Soares Neves (tengah) dan Lelo Mbele (kanan)
ZACHARIA Simukonda (kiri), Daniel Soares Neves (tengah) dan Lelo Mbele (kanan)
Ramai pemain import nanti masa disingkirkan kerana gagal menyerlah 

SAINGAN Liga-M 2012 baru masuk minggu ketiga, namun beberapa 'awang import' dijangka mengucapkan selamat tinggal lebih awal menjelang tarikh akhir pendaftaran pemain import baru yang dilanjutkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga 13 Februari ini.
Ini kerana pembelian yang boleh dianggap berbaloi dan menyerlah setakat ini, hanyalah Michal Kubala (Perak), Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan), Francis Forkey Doe (Terengganu), Ramez Dayoub (Selangor), Guy Bwele (Sarawak), Marlon Alex James (Tentera) dan Patrick Ronaldinho Wleh (Sime Darby).
Mengetuai senarai untuk ditamatkan kontrak lebih awal kerana prestasi hambar selepas empat perlawanan pastinya dua import Kedah dari Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves yang gagal menyumbang sebarang gol untuk membantu skuad kendalian Nizam Adzha Yusof itu selepas beraksi 360 minit. 

Turut buntu, penyerang import Perak dari Serbia, Lazar Popovic yang belum meledak sebarang gol sedangkan empat gol skuad kendalian Norizan Bakar setakat ini dihasilkan Akmal Rizal Rakhli (2), Shahrom Kalam dan pemain tengah dari Slovakia, Kubala. 

Nasib sama mungkin dialami dua penyerang yang tidak sempat pun diturunkan setakat ini - Lelo Mbele (Selangor) dan Kalle Sone (Sarawak), kerana masing-masing belum pulih daripada kecederaan. 

Tiga penyerang lain - Danny Antwi (Kelantan), Zacharia Simukonda (T-Team) dan Nana Yaw (Pahang), biarpun meledak satu gol pada aksi Liga Super dan Liga Perdana setakat ini, masih dianggap tidak memadai dengan status mereka. 
Kegagalan lapan pemain ini boleh dijadikan pengajaran buat persatuan negeri dan kelab supaya lebih berhati-hati ketika menandatangani pemain import baru menjelang 13 Februari ini atau pada jendela pendaftaran kedua, 2 hingga 16 April depan, supaya tidak menggunakan pendekatan ‘tangkap muat’ bagi mengelak ‘pisang berbuah dua kali’. 

No comments:

Post a Comment